Thursday, December 17, 2009

KENANGAN LALU....

Tahniah aku ucapkan kepada pasukan muda bawah 23 thn negara diatas kejayaan menewas vietnam 1-0 dan sekaligus menamatkan kemarau penantian 20 thn pingat emas sukan sea negara...tahniah atas kejayaan squad harimau malaya!!!!


SETAPAK HIGH SCHOOL 98....
Ini adalah pasukan terbaik sekolah ku pada tahun 1998..Gambar ini diambil sebelum perlawanan pembukaan antara Sekolah Men.Tinggi K.Lumpur menentang SMK Teknik K.L dengan kemenangan pasukanku 3-0.
Waktu ni hujan turun renyai2 la...aku dapat menjaring gol pembukaan...aku berdiri 3 dari kanan...Pasukan ini berjaya melayakan diri ke final MSSKL Zon Keramat,dan tewas 0-1 ketika menentang Ampang Boys School..
Bila aku menyaksikan perlawanan pasukan Malaysia,teringat aku kenangan bersama pasukan sekolah ku ini,pada masa itu kesemuanya pemain masih berusia 17thn..kini usiaku sudah mencecah 28thn...11 thn sudah berlalu aku meninggalkan kenangan bersama pasukan aku ini dibawah bimbingan Pak Cik Shahril,iaitu jurulatih pasukan ini a.k.a sebagai tukang kebun sekolah dan juga bekas pemain bola sepak pasukan KTMB..
Aku sedang mencari kemana dan dimanakah rakan2ku ini berada bagi membentuk semula pasukan yg digeruni oleh sepelosok sekolah2 di zon K.Lumpur ini ketika era 1998...nasib baik ada Face Book yg banyak membantu aku mengesan rakan2 aku ini...keaadaan menjadi sukar sedikit kerana rata2 kami berasal berlainan negeri..ada yg berasal dari negeri pantai timur,barat dan selatan..Ini kerana majoriti pemain2 ini sewaktu dizaman sekolah adalah menetap di hostel..
aku berharap sangat supaya dapat bertemu semula dgn mereka ini...InsyaAllah..

3 comments: